Rehlah Bandung - Jalinan Usaha Membangun Ekonomi Ummah
8 Mei 2025M bersamaan 10 Zulkaedah 1446H | Pengarang: Nazmi
8 Mei 2025M bersamaan 10 Zulkaedah 1446H | Pengarang: Nazmi
Jalinan Usaha Membangun Ekonomi Ummah Al-Hawariyyun (Malaysia) & Unit Pungutan Zakat Al-Hikmah (Indonesia)
Pada Khamis, 20 Februari 2025, satu momen bersejarah telah berlangsung di Bandung, Indonesia, apabila Team Selawaters Al-Hawariyyun dari Malaysia mengadakan rehlah mahabbah ke Kota Bandung dan disambut mesra oleh Raja Haji Drs. Nana Sudjana dari Unit Pungutan Zakat Al Hikmah (UPZ), Babakan Ciparay.
Pertemuan di Kedai Donat Madu, Cianjur ini menyatukan dua institusi dari Malaysia dan Indonesia dengan matlamat memperkukuh ukhuwah fillah, tanpa perbezaan fikrah, demi kepentingan ummah. Delegasi Al-Hawariyyun Malaysia diwakili oleh pengasasnya Encik Rosdi Zahari, Nazmi, Mahyuddin, dan Radzi Sulaiman (Ito Lara).
Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam program dakwah, digital dan pembangunan masyarakat yang bersifat sederhana (wasatiah). Lawatan balas oleh UPZ Al-Hikmah ke Al-Hawariyyun Mahabbah Center di Kota Damansara turut dirancang dalam masa terdekat.
Pertemuan ini diakhiri dengan jamuan di Restoran Sarunai Minang dan menjadi simbol ikatan silaturahim yang kuat antara dua negara demi perpaduan dan kemajuan umat Islam sejagat.
Artikel Karangan: